Abstrak

Kem Tahunan Olahraga MSS Sarawak 2008 telah diadakan pada 15 November hingga 23 November bertempat di Sibu dan berpusat di SJK Chung Hua, Sibu. Lokasi bagi latihan dan aktiviti adalah di SJK Chung Hua Sibu, Stadium Tun Ahmad Zaidi Adruce dan juga di Dataran Sibu.
Seramai 116 orang dari seluruh bahagian Sarawak terpilih untuk menyertai kem tahunan ini. Manakala, seramai 30 orang jurulatih telah dilantik bagi kem tahunan kali ini.

Tinta Penasihat Teknik Olahraga MSS Sarawak

Kem tahunan Olahraga MSS Sarawak telah dijalankan dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama sekali panel jurulatih yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya.

Kem ini hanya tanda permulaan kita untuk menghadapi cabaran MSSM 2009. Saya harap permulaan ini akan terus membawa kita ke suatu arahtuju yang sama, iaitu mempertahankan Kejuaraan untuk kali yang ke LAPAN berturut-turut. Kesungguhan semua dan keinginan untuk berjaya akan terus membawa kita ke kejayaan. Seperti suatu kata perpatah Cina "Dengan permulaan yang baik, kita sudah di pertengahan perjalankan ke Kejayaan!"

Kepada atlit-atlit harapan Sarawak: Teruskan usaha anda untuk kejayaan diri!. Ingat: 'Action speaks louder than words!' Pencapaian anda di Kejohanan Olahraga MSS Sarawak akan menunjukkan bagaimana persiapan anda.

Kita akan berjumpa lagi pada bulan Januari. Harap pada masa itu kamu semua akan datang dalam keadaan bersedia, cergas dan bersemangat!

Sekian




- MR. TING SIEW NGUONG -


'Ice-breaking'

Pada malam pertama, 15 November 2008 taklimat ringkas telah dijalankan oleh Pengerusi Teknik Olahraga MSS Sarawak EN. Ting Siew Nguong dan juga aktiviti ice-breaking telah dilaksanakan agar para atlit dapat saling kenal-mengenali di antara satu sama lain disamping dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Para atlit juga telah dibahagikan kepada 8 kumpulan.


Aktiviti Berkumpulan

Para atlit telah dibahagikan kepada 8 buah kumpulan iaitu Angel, Bolt, Emas, Hornbill, Orkid Sarawak, Rentap dan Warrior.
Berikut adalah beberapa panorama sepanjang aktiviti berkumpulan dilaksanakan.




Sorakan kumpulan..












Setiap kumpulan telah diberikan tanggungjawab agar mencipta sorakan khas bagi kumpulan masing-masing dan akan diperdengarkan pada setiap kali aktiviti dimulakan di samping sebagai sokongan dan untuk menaikkan semangat di antara ahli kumpulan.