'Ice-breaking'

Pada malam pertama, 15 November 2008 taklimat ringkas telah dijalankan oleh Pengerusi Teknik Olahraga MSS Sarawak EN. Ting Siew Nguong dan juga aktiviti ice-breaking telah dilaksanakan agar para atlit dapat saling kenal-mengenali di antara satu sama lain disamping dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Para atlit juga telah dibahagikan kepada 8 kumpulan.