Tinta Penasihat Teknik Olahraga MSS Sarawak

Kem tahunan Olahraga MSS Sarawak telah dijalankan dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama sekali panel jurulatih yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya.

Kem ini hanya tanda permulaan kita untuk menghadapi cabaran MSSM 2009. Saya harap permulaan ini akan terus membawa kita ke suatu arahtuju yang sama, iaitu mempertahankan Kejuaraan untuk kali yang ke LAPAN berturut-turut. Kesungguhan semua dan keinginan untuk berjaya akan terus membawa kita ke kejayaan. Seperti suatu kata perpatah Cina "Dengan permulaan yang baik, kita sudah di pertengahan perjalankan ke Kejayaan!"

Kepada atlit-atlit harapan Sarawak: Teruskan usaha anda untuk kejayaan diri!. Ingat: 'Action speaks louder than words!' Pencapaian anda di Kejohanan Olahraga MSS Sarawak akan menunjukkan bagaimana persiapan anda.

Kita akan berjumpa lagi pada bulan Januari. Harap pada masa itu kamu semua akan datang dalam keadaan bersedia, cergas dan bersemangat!

Sekian




- MR. TING SIEW NGUONG -